|
Soalan 1. Kenapa perkatan
“FireFly” dipilih?
Nama FireFly dipilih sempena nama
serangga “kunang-kunang.”
Soalan 2. Apakah bahan asas
FireFly ?
FireFly (FF)
dirumuskan dari campuran beberapa
bahan organik dan sintetik. Ia tidak berasaskan minyak kelapa
sawit.
Soalan
3. Bagaimana FireFly digunakan?
FireFly
dimasukkan ke dalam tangki kenderaan mengikut sukatan yang diberikan
atau digunakan sebagai pembersih karburetor atau penyuntik
(injector). (sila rujuk Soalan 16)
Soalan
4. Bagaimana FireFly berfungsi?
FireFly mengubah struktur molekul
petrol/disel ke dalam bentuk yang lebih mudah diwapkan sewaktu di
hantar ke kebuk pembakaran. Molekul bahan api akan lebih mudah
dibakar dalam bentuk wap berbanding cecair.
Soalan 5. Apakah kegunaan FireFly?
FF
digunakan untuk meningkatkan prestasi enjin, menjimatkan penggunaan
petrol dan diesel, membersihkan karburetor, injektor dan palam
pencucuh, memudahkan menghidupkan enjin dan mengembalikan kuasa
enjin seperti baru.
Soalan 6. Berapa peratus penjimatan
penggunaan minyak?
Peratusan penjimatan antara lain
bergantung kepada banyak faktor termasuk keadaan enjin kereta dan
gaya pemanduan. Penjimatan boleh dicapai dari 10% hingga ke 30%.
Malah ada pengguna yang mendakwa mendapat penjimatan sehingga 40%.
Soalan 7. Adakah FireFly merosakkan
enjin kenderaan?
Dari penyelidikan dan uji pandu yang
kami jalankan, FF tidak merosakkan enjin malah memanjangkan hayat
enjin dengan memberikan pembakaran yang lebih berkesan dari
faedah-faedah penggunaan FF. FF tidak menggunakan
bahan kimia Paraffin, Methylcyclopentadienyl manganese
tricarbonyl (MMT), Methyl tertiary butyl ether (MTBE),
Tetraethyllead (TEL) dan minyak kapal terbang (AV gas) yang
boleh meningkatkan prestasi enjin tetapi mungkin memberi bahaya
kepada enjin kenderaan dan alam sekitar.
Soalan 8.
Adakah FireFly akan merosakkan bahagian-bahagian lain kenderaan?
Kajian dan
penyelidikan kami menunjukkan yang FF tidak memberi kesan
negative terhadap:-
1.
“Cylinder head valves”
2.
Mana-mana getah atau komponen karburetor atau penyuntik
(injector) atau saluran petrol & disel.
3.
“Sensor” enjin seperti Oxygen sensor.
4.
“Catalytic Converter”
Kenderaan yang
menggunakan tangki bahan api yang diperbuat dari gentian kaca
(fiberglass) perlu mengelakkan dari menggunakan FF.
Soalan 9. Apakah sukatan
penggunaan FireFly perlu digunakan?
Sukatannya ada
tertera di label produk.
Soalan 10. Apakah yang patut
dilakukan sekiranya FireFly tidak memberi sebarang kesan kepada
penjimatan dan prestasi enjin?
Karburetor atau injektor dan mendapan
karbon perlu dibersihkan/service secara mudah dengan menggunakan
FireFly (sila rujuk S16).
Soalan 11. Apa yang akan terjadi
sekiranya terlebih sukatan?
Bagi kebanyakan kenderaan sukatan
FF yang melebihi apa yang disyorkan akan memberikan lebih kuasa
tapi tak ia tidak menjamin penjimatan yang optima. Malah ada juga
pengguna yang mendakwa mendapat lebih penjimatan apabila menggunakan
lebih sukatan.
Keadaan tersebut bergantung kepada
jenis enjin kenderaan dan cara pemanduan serta beberapa faktor yang
lain. Pengguna boleh mencuba sendiri pelbagai sukatan dan membuat
andaian sendiri sukatan yang sesuai untuk kenderaannya.
Soalan 12. Apakah kesan kepada
enjin selepas berhenti menggunakan FireFly?
Dari kajian kami, enjin akan lebih
lancar dengan pembersihan karburetor/injektor dan palam pencucuh
selepas penggunaan FF. Keberkesanan FF akan biasanya
masih terasa walaupun selepas 2 tangki tanpa FF. Namum, dari
kajian kami, keberkesanan enjin dan penjimatan bahan api akan
semakin berkurangan setelah FF tidak digunakan dan prestasi enjin
anda akan kembali ke tahap asal seperti sebelum penggunaan FF.
Soalan 13. Adakah FireFly sesuai
untuk semua jenis enjin?
Secara purata, FireFly sesuai untuk
semua jenis enjin termasuk petrol dan disel. (Sila rujuk S15). Ia
bukan hanya sesuai untuk enjin kenderaan malah sesuai untuk sebarang
jenis enjin besar atau kecil seperti enjin janakuasa dan pemotong
rumput.
Soalan 14. Adakah FireFly sesuai
digunakan untuk kereta lama?
Enjin yang lama tidak diservis atau
dibaikpulih (overhaul) biasanya mempunyai deposit karbon yang lebih.
Pengumpulan karbon akan mengurangkan prestasi enjin. FF boleh
digunakan untuk menservis semua jenis enjin.(sila rujuk jawapan
S16)
Soalan 15. Apakah jenis enjin yang
tidak sesuai menggunakan FireFly?
Pihak kami masih dalam kajian tentang
penggunaan FF ke atas dua jenis enjin lama iaitu Volkswagen Beetle
dan Fiat .
Soalan 16. Apakah teknik
penggunaan lain FireFly?
FireFly
boleh digunakan secara langsung
dengan menuangkannya terus ke dalam karburetor secara perlahan2
menggunakan teknik pembersihan karburetor. Bagi kenderaan yang
menggunakan sistem suntikan (injection system), saluran vakum boleh
digunakan untuk menyedut masuk FF ke dalam enjin. Dua atau lebih
botol FF perlu untuk teknik ini. Kaedah ini memberi 2 faedah iaitu
pertama membersihkan injector/karburetor dan kedua membersihkan
karbon yang terkumpul di omboh (piston) dan “cylinder head.”
Soalan 17. Kebiasaannya apa yang
akan terjadi selepas pembersihan karburetor atau injector?
Pedal minyak akan menunjukkan
tindakbalas yang lebih baik (lebih pikup) dan pemanduan akan menjadi
lebih lancar.
Soalan 18.
Apakah “Oxygen Sensor”?
Oxygen sensor adalah satu alat yang
biasanya terletak di exhaust manifold. Ia berfungsi mengukur
kandungan petrol di dalam exhaust yang tak terbakar sepenuhnya di
dalam kebuk enjin. Ia mengarahkan “computer box” untuk menyesuaikan
kadar campuran petrol dengan angin kepada tahap yang optimum.
Soalan 19. Apakah “Catalytic
converter”?
Catalytic converter terletak di
antara paip “exhaust” depan dan belakang di bahagian bawah kenderaan.
Ia berfungsi sebagai “catalyst” bagi menukar asap yang mengandungi
bahan-bahan beracun dari pembakaran bahan api yang tidak lengkap
kepada karbon dioksida dan air. Kenderaan lama dan yang telah
diubahsuai tidak mempunyai catalytic converter.
Soalan 20. Apa yang terjadi
sekiranya “Catalytic converter” tersumbat?
“Catalytic converter”
yang tersumbat memerangkap
asap dari enjin di depan “catalyst”. Keadaan ini mewujudkan tekanan
balas (back-pressure) yang menghalang enjin “bernafas” dengan cara
yang betul. Ia boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba.
Soalan
21. Apakah jenis bahan aditif petrol
yang boleh menjadikan
“Catalytic converter” tersumbat.
Penggunaan “lead” dalam petrol
(leaded petrol) seperti “AV gas” dan Tetraethyllead (TEL)
boleh merosakkan “Catalytic converter”.
|